Translate

Salleh Yaakob Maut, Isteri Cedera Disambar Petir


TEMERLOH – Seorang penoreh getah maut manakala isterinya cedera disambar petir di sebuah kawasan paya di Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau semalam.

Mangsa Salleh Yaakob, 51, mati di tempat kejadian manakala isterinya Norehan Hassan, 49, kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, mereka dikatakan baharu selesai memancing dan mahu pulang dengan motosikal apabila kejadian itu berlaku kira-kira 7.15 malam.

Jenazah Salleh dikebumikan di perkuburan kampung tersebut kira-kira 10 pagi tadi.

Antara yang turut menziarah jenazah ialah Ahli Parlimen Kuala Krau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamad Said. 

KL Gangster 2 Trailer

Engkorang pernah tengok KL Gangster? Amacam syte tak filem dia? Sekarang korang layan dulu KL Gangster 2 Trailer. Fuhhhhhhhhh!


Failed Proposal

Setiap orang ada cara tersendiri untuk melamar pilihan hati mereka untuk dijadikan teman hidup. Kalau nak melamar kenalah berani. Bukan berani malamar sahaja tapi berani menerima apa saja kemungkinannya. Mari kita lihat video lamaran ini. Berjayakah lelaki ini menambat hati si gadis?


Landslide di Devon

Ada pernah melihat tanah runtuh di depan mata anda? Jarang bukan? Pada 30 Ogos 2013 telah berlaku tanah runtuh di Devon. Jarak berlakunya tanah runtuh dari bandar hanya setengah batu.

Walau bagaimanapun batu-batuan itu jatuh ke dalam laut dari ketinggian 200 meter! Punca berlaku adalah akibat hujan lebat. Mari kita layan beberapa keping gambar di tempat kejadian.







credit : dailymail